ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 April 2024.

1. 4 warga asing maut dalam serangan udara Israel di Gaza

Seramai lima individu yang bekerja untuk sebuah pertubuhan bantuan, termasuk empat warga asing terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kenderaan dinaiki mereka di bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza, menurut Pejabat Media Kerajaan di Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

2. 7 maut Konsulat Iran di Syria dibom peluru berpandu, Israel didakwa bertanggungjawab

Seorang komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan enam pegawai lain terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang dipercayai dilakukan Israel ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

3. Pakistan kecam serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Syria

Pakistan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kedutaan Iran di ibu negara Syria, Damsyik pada Isnin menyifatkannya sebagai peningkatan ketegangan di rantau bergolak itu.

4. 'Dron pembunuh', jenayah perang baharu Israel

Ketika "hukuman mati" di lapangan berterusan terhadap orang awam Palestin oleh tentera pendudukan Israel, dron sebagai satu lagi "alat pembunuh" digunakan untuk menjalankan "operasi" berkenaan dari jarak jauh tanpa perlu mendedahkan askarnya kepada sebarang risiko.

5. Benjamin Netanyahu akan tutup stesen Al Jazeera di Israel tidak lama lagi

Parlimen Israel telah meluluskan undang-undang yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengharamkan siaran saluran TV termasuk saluran berita antarabangsa, Al Jazeera yang dimiliki Qatar.

6. Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron

Konflik Ukraine-Rusia dan juga Yaman menunjukkan bagaimana dron murah boleh menghasilkan kerosakan yang besar ke atas aset tentera konvensional.

7. Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan

Kota Suci Mekah diramal berdepan hujan pada beberapa hari terakhir Ramadan ini.

8. Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing

Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, yang merupakan presiden terpilih dalam Pemilihan Presiden 2024, melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing pada Isnin, demikian menurut Kementerian Pertahanan Indonesia.

9. Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok

Seorang kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand, malam tadi.

10. Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun

Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.