ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 April 2024.


1. Pembunuhan anak pemimpin Hamas tiada kaitan dengan gencatan senjata, rundingan tebusan, kata Israel

Pegawai Israel menafikan dakwaan pembunuhan tiga anak pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh berkait rapat dengan rundingan berterusan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.



2. Mapim kutuk pembunuhan anak, cucu pemimpin Hamas

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza pada hari pertama Aidilfitri yang meragut nyawa tiga anak dan beberapa cucu pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.


3. Biden ikrar sokong Israel sekiranya diserang Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menjanjikan Israel sokongan yang "kukuh " di tengah-tengah kebimbangan bahawa Tehran boleh melancarkan tindakan balas atas serangan yang membunuh warga emas Iran.


4. Perutusan Aidilfitri: Setiausaha Agung OIC gesa tamatkan pencerobohan maut Israel di Gaza

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha menekankan penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia, khususnya rakyat Palestin di Gaza yang berdepan pencerobohan kejam oleh tentera Israel.


5. Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menegaskan, keadaan geopolitik tidak stabil yang dihadapi negaranya bagaikan memberi petanda, kini adalah masa untuk negaranya lebih bersedia menghadapi peperangan berbanding sebelum ini.


6. Tiga cedera ditembak, lima ditahan dalam tragedi Aidilfitri di Philadelphia

Sekurang-kurangnya tiga orang cedera ditembak sementara lima lagi ditahan dalam sebuah insiden tembakan secara rambang di sebuah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, di sini, pada Rabu, kata polis.


7. Songkran: Polis Thailand tubuh pusat pemantauan cegah kemalangan jalan raya

Polis Thailand menubuhkan pusat pemantauan bagi mencegah dan mengurangkan kemalangan jalan raya semasa penganjuran Festival Songkran.


8. Bekas Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas cuba bunuh diri dengan mogok lapar

Bekas Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas cuba membunuh diri awal minggu ini dan kini melancarkan mogok lapar di sebuah penjara di Guayaquil sebagai tanda membantah penahanannya, kata peguamnya Sonia Vera dan bekas Presiden Rafael Correa.


9. Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi.


10. 'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi

Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.