awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2025
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
1. Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.
2. Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Satu-satunya penyelesaian kepada konflik Hamas dan Israel adalah dengan mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
3. Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Ancaman kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat sementara waktu berikutan peningkatan besar bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah itu semasa gencatan senjata.
4. Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
5. Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
ima rakyat Thailand yang menjadi tebusan di Gaza akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
6. EU benarkan serbuk serangga lalui proses rawatan UV digunakan dalam makanan
Serbuk serangga yang diproses menggunakan sinaran ultraungu (UV), khususnya serbuk larva kumbang tepung (Tenebrio molitor), akan dibenarkan untuk digunakan dalam makanan di seluruh Kesatuan Eropah (EU).
7. Trump isytihar 9 Feb sebagai 'Hari Teluk Amerika'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mengisytiharkan 9 Feb sebagai "Hari Teluk Amerika".
8. Mayat 28 migran ditemukan dalam kubur besar di selatan Libya
Pasukan penyiasat menemukan mayat 28 migran berhampiran sebuah pusat tahanan di kawasan padang pasir di selatan Libya.
9. Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Sejumlah syarikat berpusat di Amerika Syarikat sedia menyatakan hasrat untuk melabur atau mendapatkan pegangan sekiranya TikTok memilih untuk menjual operasi mereka di Amerika Syarikat.
10. Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar €109 bilion atau kira-kira RM530 bilion dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan