DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 15/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 April 2025.


1. Pusingan rundingan Iran-AS seterusnya akan diadakan di Muscat, Oman

Hasil rundingan yang dijalankan sebelum ini, telah diputuskan bahawa rundingan seterusnya akan berlangsung di ibu negara Oman pada 19 April.



2. Tun Abdullah pemimpin berwawasan kukuhkan hubungan Thailand- Malaysia - PM Thailand

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin berwawasan yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan Thailand-Malaysia.


3. Lawatan Presiden Xi papar komitmen China perkukuh hubungan dengan Malaysia, ASEAN

Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN.


4. Bekas tentera bunuh isteri akhirnya dicekup selepas 20 tahun

Bekas anggota tentera yang melarikan diri selepas membunuh isterinya lebih dua dekad lalu akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis di kampung halamannya di Madhya Pradesh, India.


5. Ketua PBB 'sangat bimbang' serangan Israel ke atas hospital di Gaza

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres "sangat bimbang" dengan serangan Israel ke atas Hospital Arab Al-Ahli di Semenanjung Gaza pada Ahad.


6. Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Lee Hsien Loong wakili Singapura hadiri Pengebumian Negara

Menteri Kanan Singapura itu akan ditemani isterinya, Ho Ching serta pegawai-pegawai dari Kementerian Ehwal Luar.


7. Hamas akan bebaskan tebusan jika Israel jamin perang di Gaza ditamatkan

Hamas menegaskan keperluan jaminan untuk memaksa penjajah (Israel) mematuhi perjanjian tersebut.


8. Perbicaraan kes antimonopoli terbesar terhadap Meta bermula di Washington

FTC bagi pihak kerajaan AS menuduh Meta membeli platform Instagram dan WhatsApp untuk menghapuskan persaingan.


9. Zoo dikecam 'make-up' cimpanzi seperti kanak-kanak perempuan

Sebuah zoo di tengah China mencetuskan kontroversi dalam talian selepas menggayakan seekor anak cimpanzi seperti kanak-kanak perempuan.


10. Ekonomi Malaysia yang fleksibel serta ruang fiskal mencukupi mampu tangani tarif AS - AMRO

Kebanyakan ekonomi ASEAN3 mengekalkan ruang dasar yang mencukupi untuk bertindak balas terhadap cabaran ekonomi.




#berita pilihan #antarabangsa #WhatsApp #PBB