[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 23/04/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 April 2024.
1. PRU Singapura: PAP menang lima kerusi selepas menang tanpa bertanding buat kali pertama sejak 2011
Parti Tindakan Rakyat (PAP) memulakan kempen Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan meraih lima kerusi pada hari penamaan calon.
2. Jokowi akan jadi utusan khas Indonesia ke upacara pengebumian Pope Francis
Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo akan menghadiri upacara pengebumian Pope Francis yang dijadual berlangsung di Dataran St. Peter, Rom pada 26 April ini.
3. Jasad Pope Francis dibawa ke St. Peter untuk orang ramai beri penghormatan
Jasad Pope Francis akan dibawa dalam perarakan dari kediamannya di Rumah Santa Marta, Vatican, ke Basilika St. Peter pada pagi Rabu.
4. Kebakaran hutan di New Jersey paksa 3,000 penduduk dipindahkan
Kebakaran hutan di New Jersey merebak meliputi kawasan seluas 1,280 hektar, memaksa ribuan penduduk di Daerah Ocean meninggalkan kediaman mereka, menurut Perkhidmatan Bomba Hutan New Jersey.
5. Hakim Persekutuan AS arah pentadbiran Trump pulihkan Voice of America
Seorang hakim persekutuan pada Selasa mengarahkan pentadbiran Trump memulihkan semula Voice of America (VOA) dan perkhidmatan berita antarabangsa yang bersekutu dengannya.
6. Saham Tesla merosot, Elon Musk umum kurangkan tumpuan terhadap DOGE
Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengurangkan penglibatan dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE).
7. Trump akui tarif 145 peratus ke atas China tinggi, jangka akan dikurangkan
Trump menyatakan bahawa kadar tarif tersebut sebelum ini adalah sifar, tetapi menurutnya, keadaan itu menyebabkan AS "musnah".
8. Tarif lebih rendah baik untuk semua pihak - Presiden Bank Dunia
Banga berkata, perjanjian seperti CPTPP dan RCEP telah mengubah cara perdagangan berfungsi di negara-negara tersebut.
9. Utusan khas Trump akan lawat Rusia untuk rundingan dengan Putin
Witkoff akan berlepas ke Rusia sekali lagi hujung minggu ini untuk meneruskan rundingan dengan Putin mengenai perang di Ukraine.
10. 7 maut, 12 cedera dalam perlanggaran bas mini-lori di timur Turkiye
Kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang waktu tempatan di lebuh raya yang menghubungkan Van dan wilayah Hakkari di timur Turkiye.
#berita pilihan #antarabangsa #penamaan calon #Elon Musk