INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Mei 2025.
Bilangan warga Amerika Syarikat (AS) yang memohon kerakyatan British mencatatkan rekod tertinggi sejak Presiden AS, Donald Trump dipilih semula.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Malaysia merupakan platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa.
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengadakan perbualan telefon bagi membincangkan perkembangan di Semenanjung Gaza.
Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama serantau.
Bencana itu melanda perkampungan Jim di daerah Catubouw pada 16 Mei, selepas hampir tujuh jam hujan lebat.
Bantuan kemanusiaan pertama berjaya disalurkan ke Gaza selepas hampir tiga bulan sekatan Israel.
Filipna yakin sidang itu bakal mencetuskan kemajuan dalam kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN, walaupun isu teknikal perlu ditangani.
Serangan berlaku ketika lori-lori bantuan cuba menghantar bekalan ke hospital-hospital di kawasan yang dibedil.
Pesawat itu terhempas ke sebuah unit perumahan tentera, mengakibatkan 15 rumah terkena impak serta beberapa rumah dan kenderaan terbakar.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis mengambil tindakan drastik dengan membatalkan keupayaan Universiti Harvard untuk mendaftarkan pelajar antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami