INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Mei 2025.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan semua misi diplomatik AS di seluruh dunia untuk menghentikan penjadualan temu janji baharu bagi permohonan visa pelajar dan pertukaran pelawat (kategori F, M dan J).
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam insiden kekacauan di Gaza ketika ribuan rakyat Palestin yang kelaparan berusaha mendapatkan bantuan makanan daripada Gaza Humanitarian Foundation (GHF), sebuah organisasi yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Israel.
Hakim Julieta Makintach, salah seorang daripada tiga hakim yang mengendalikan perbicaraan terhadap tujuh anggota pasukan perubatan Diego Maradona, telah menarik diri daripada kes tersebut pada Selasa, selepas kontroversi mengenai penglibatannya dalam sebuah dokumentari yang berkaitan dengan perbicaraan itu.
Kebakaran hutan besar di wilayah Alberta, Kanada, telah menyebabkan gangguan terhadap operasi minyak dan gas serta memaksa penduduk di sebuah bandar kecil untuk berpindah.
Indonesia dan Perancis akan memperkukuh hubungan strategik pertahanan mereka menerusi pemeteraian Surat Hasrat (LoI) semasa lawatan rasmi Presiden Perancis Emmanuel Macron ke Jakarta pada Rabu (28 Mei), menurut pegawai.
Mahkamah persekutuan di Manhattan telah mendengar keterangan mengejutkan daripada bekas pembantu Sean "Diddy" Combs, yang mendakwa bahawa mogul hip-hop itu telah menculiknya dalam rancangan untuk membunuh penyanyi rap Kid Cudi pada tahun 2011.
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Selasa mengulangi komitmennya untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara itu daripada sebarang campur tangan Amerika Syarikat (AS).
Sekurang-kurangnya 47 penduduk Palestin cedera, kebanyakannya akibat tembakan tentera Israel, ketika orang ramai berpusu-pusu ke pusat agihan bantuan yang baru dibuka di Gaza, kata seorang pegawai hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
Google kini berdepan tuntutan undang-undang bernilai GBP25 bilion (AS$33.7 bilion) di United Kingdom atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran pengiklanan carian dalam talian.
Pertemuan secara peribadi antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky masih berkemungkinan diadakan, namun ia hanya boleh berlaku selepas terdapat kemajuan dalam rundingan antara Moscow dan Kyiv, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami