awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim tarik diri dari perbicaraan kecuaian kematian Maradona

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2025
01:20 MYT
Hakim tarik diri dari perbicaraan kecuaian kematian Maradona
Hakim Julieta Makintach, salah seorang daripada tiga hakim yang mengendalikan perbicaraan terhadap tujuh anggota pasukan perubatan Diego Maradona, telah menarik diri daripada kes tersebut.
BUENOS AIRES: Hakim Julieta Makintach, salah seorang daripada tiga hakim yang mengendalikan perbicaraan terhadap tujuh anggota pasukan perubatan Diego Maradona, telah menarik diri daripada kes tersebut pada Selasa, selepas kontroversi mengenai penglibatannya dalam sebuah dokumentari yang berkaitan dengan perbicaraan itu.
Makintach berundur selepas rakaman video muncul menunjukkan beliau ditemu bual oleh kru dokumentari di koridor mahkamah Buenos Aires dan di pejabatnya.
Peraturan mahkamah melarang temu bual sedemikian semasa perbicaraan sedang berlangsung, menyebabkan kredibiliti beliau dipersoalkan.
Perbicaraan ini, yang bermula pada 11 Mac 2025, melibatkan tujuh anggota pasukan perubatan Maradona yang didakwa atas tuduhan pembunuhan secara cuai dengan niat.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 25 tahun.
Peguam Fernando Burlando, yang mewakili anak-anak Maradona, menyifatkan tindakan Makintach sebagai "tragedi kehakiman", dan menyatakan bahawa keputusan ini boleh menjejaskan perjalanan kes.
Maradona, yang dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, meninggal dunia di rumahnya di Buenos Aires pada November 2020 akibat kegagalan jantung, ketika sedang pulih daripada pembedahan membuang darah beku.
Dengan pengunduran Makintach, masa depan perbicaraan ini masih tidak jelas.
Peguam Burlando menyatakan bahawa perbicaraan mungkin akan disambung semula akhir tahun ini, dengan seorang hakim baharu dilantik untuk menggantikan Makintach.
Topic Berkaitan
#Diego Maradona
#Julieta Makintach
#dokumentari
#perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan