INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Mei 2025.
Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menghalang pelaksanaan tarif import yang diumumkan Presiden Donald Trump, dengan menyatakan bahawa beliau telah melampaui kuasa diberikan undang-undang.
Elon Musk telah meninggalkan pentadbiran Presiden Donald Trump selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Pegawai Kerajaan Khas berakhir.
Rusia menawarkan untuk mengadakan pertemuan dengan Ukraine di Istanbul pada 2 Jun bagi membentangkan memorandum yang bertujuan menangani punca utama krisis yang sedang berlaku, kata Menteri Luar Sergey Lavrov.
WhatsApp sedang membangunkan ciri pengesahan nama pengguna (username) sebagai alternatif kepada nombor telefon dalam versi webnya.
Ujian penerbangan terbaru SpaceX Starship berakhir dengan kegagalan selepas roket itu mula berputar di orbit sebelum akhirnya terhempas ke Lautan Hindi.
Kumpulan Palestin Hamas pada Rabu mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat Steve Witkoff mengenai rangka kerja umum bagi pelaksanaan gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza.
Sebuah penerbangan Delta Air Lines dari Minneapolis ke Madison, Wisconsin, mengalami kelewatan sebanyak 56 minit selepas dua ekor burung merpati berkeliaran di dalam kabin pesawat, menyebabkan kekecohan dalam kalangan penumpang dan kru penerbangan.
Malaysia giat memacu kemajuan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan dan mendukung Konsensus Lima Perkara (5PC) Myanmar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kejadian berebut bantuan di sebuah gudang milik Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan beberapa orang maut.
Seorang jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menolak dakwaan Israel bahawa badan dunia itu gagal mengambil bekalan bantuan kemanusiaan untuk Gaza di lintasan sempadan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami