awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2025
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Jun 2025.
1. Lebih 200 banduan bolos penjara Karachi susulan gempa
Seorang banduan dilapor terbunuh dan beberapa pegawai keselamatan cedera dalam insiden tersebut.
2. Seorang maut, puluhan cedera dalam gempa bumi di Turkiye
Seorang remaja perempuan maut manakala puluhan lagi cedera awal pagi Selasa apabila panik dan ketakutan menyelubungi penduduk semasa gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda kawasan Marmaris.
3. Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Cologne, 20,000 dipindahkan
Zon pemindahan melibatkan kawasan pusat bandar menjadikannya antara operasi pemindahan terbesar dalam beberapa tahun.
4. UK catat musim bunga paling panas dalam rekod, paling kering sejak lebih 50 tahun
Negara itu turut mengalami musim bunga paling kering dalam lebih 50 tahun, menjadikannya musim bunga keenam paling kering sejak 1836.
5.TERKINI HAJI 2025: Kementerian Media Arab Saudi lancar edisi kedua "Hajj Media Hub"
Hajj Media Hub antaranya menampilkan pameran media interaktif; pelbagai studio penyiaran; serta pusat media menyeluruh.
6. PM Mongolia letak jawatan
Beliau akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga pengganti dilantik dalam tempoh 30 hari.
7. TERKINI HAJI 2025: Perjalanan jemaah lancar dan teratur, kata pegawai
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menzahirkan komitmen untuk memastikan pengalaman yang lancar dan teratur bagi semua jemaah pada musim haji tahun ini.
8. Status Palestin dinaikkan kepada “negara pemerhati” di Pertubuhan Buruh Antarabangsa
Dengan peningkatan status ini, Palestin kini menikmati hak yang lebih luas dalam ILO.
9. Pakar PBB desak laluan selamat bagi kapal bantuan Freedom Flotilla ke Gaza
Mereka turut mengingatkan insiden serangan dron ke atas kapal serupa yang dilancarkan pakatan itu pada Mei lalu berhampiran perairan Malta.
10. Rakyat Palestin tak sepatutnya pertaruh nyawa untuk makanan - Guterres
Guterres menegaskan bahawa "adalah tidak boleh diterima bahawa rakyat Palestin perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan makanan".
Topic Berkaitan
#Palestin
#PBB
#gempa bumi
#Haji
#berita dunia
#berita global
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan