DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 12/06/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Jun 2025.

1. Pesawat Air India dalam perjalanan ke London terhempas

Sebuah pesawat Air India terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India lapor stesen TV tempatan.

2. Nahas Air India: Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad ketika berlepas pada Khamis.

3. Nahas Air India: PM Anwar rakam takziah, zahir rasa sedih

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita susulan insiden nahas tragik membabitkan Penerbangan Air India 171 berhampiran Ahmedabad, India hari ini.

4. Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam protes di Los Angeles - Kementerian Luar

Kementerian Luar memaklumkan pada Khamis bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas susulan protes yang sedang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

5. Kumpulan The Hague adakan mesyuarat tergempar mengenai kekejaman Israel

Kumpulan The Hague, sebuah gabungan sembilan negara akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat menteri bagi membincangkan peningkatan keganasan yang berterusan oleh Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki di Bogota, Colombia bulan depan.

6. China, AS fokus selesai sengketa dagang melalui dialog dan kerjasama

China dan Amerika Syarikat (AS) harus menyelesaikan persengketaan perdagangan menerusi dialog secara sama rata dan kerjasama yang saling memanfaatkan, kata Naib Perdana Menteri China He Lifeng.

7. Arab Saudi ancam potong kuota haji Indonesia sehingga 50 peratus

Kerajaan Arab Saudi memberi amaran keras kepada Indonesia menjelang musim haji 2026 dengan kemungkinan memotong kuota jemaah sehingga 50 peratus berikutan kebimbangan serius terhadap tahap kesihatan jemaah serta pengurusan keseluruhan ibadah haji oleh pihak Indonesia.

8. Hampir 400 ditahan dalam protes imigrasi di Los Angeles

Hampir 400 orang telah ditahan oleh Jabatan Polis Los Angeles sejak Sabtu dalam protes berkaitan isu imigresen.

9. Trump: AS pindah petugas dari Asia Barat kerana risiko keselamatan dengan Iran

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata petugas Amerika sedang dipindahkan dari beberapa lokasi di Timur Tengah susulan ketegangan yang semakin meningkat dengan Iran kerana "ia mungkin menjadi tempat yang berbahaya,.

10. Program nuklear: Presiden Iran ikrar tidak akan tunduk kepada tekanan AS

Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Rabu menegaskan bahawa negaranya tidak akan tunduk kepada "keangkuhan Amerika" berhubung program nuklearnya.




#berita pilihan #antarabangsa #Pesawat Air India #Los Angeles #Iran