DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Jun 2025.
1. Trump tinggalkan Sidang Kemuncak G7 lebih awal akibat ketegangan di Asia Barat
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan kembali ke Washington lewat Isnin, memendekkan penyertaannya dalam sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada, susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
2. G7 sokong Israel, tuduh Iran punca ketidakstabilan
Pemimpin negara-negara G7 mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan sokongan tegas terhadap keselamatan Israel dan menyifatkan Iran sebagai “punca utama ketidakstabilan” di Asia Barat, susulan serangan ketenteraan langsung Tehran ke atas wilayah Israel baru-baru ini.
3. Korea Selatan tingkat amaran perjalanan ke Iran
Korea Selatan pada Selasa mengeluarkan amaran perjalanan khas ke seluruh wilayah Iran susulan ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar negara itu.
4. Iran tegaskan serangan ke atas Israel tindakan mempertahankan diri
Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menegaskan bahawa serangan balas negaranya terhadap Israel merupakan tindak balas yang sah dan seimbang, serta tertumpu sepenuhnya kepada sasaran ketenteraan.
5. China kecam serangan Israel terhadap Iran dalam mesyuarat IAEA
Tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran telah mengakibatkan kemusnahan pada kemudahan nuklear Iran serta kematian dan kecederaan manusia, menjejaskan proses politik dan diplomatik dalam isu nuklear Iran, melemahkan usaha antarabangsa dalam mengawal percambahan senjata nuklear, dan memberi kesan negatif yang serius terhadap keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
6. Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia di Iran untuk keluar segera
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Iran agar meninggalkan negara tersebut dengan serta merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia.
7. 9 maut, 26 cedera dalam letupan kilang mercun di tengah China
Seramai sembilan orang disahkan maut manakala 26 lagi cedera susulan kejadian letupan di sebuah kilang mercun pada pagi Isnin di China, lapor Xinhua memetik kenyataan ibu pejabat operasi menyelamat di lokasi kejadian.
8. Puluhan terbunuh berhampiran pusat agihan bantuan di Gaza
Tentera Israel sekali lagi dilaporkan membunuh orang awam yang sedang menunggu berhampiran pusat agihan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak berkuasa Hamas.
9. Negara Islam perlu bersatu hadapi kekejaman rejim Zionis - Duta Iran
Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.
10. Pesawat Saudia Airlines lakukan pendaratan cemas di Indonesia susulan ancaman bom
Sebuah pesawat Saudia Airlines yang dilaporkan membawa ratusan jemaah haji melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara pada Selasa susulan ancaman bom.
Dapatkan berita terkini di sini