DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Julai 2025.
1. Kim Jong Un arah tentera Korea Utara bersedia untuk 'perang sebenar'
Kenyataan itu dibuat selepas Korea Utara dilapor menghantar lebih 10,000 tentera ke wilayah Kursk, Rusia, bersama peluru artileri, sistem peluru berpandu dan roket jarak jauh untuk membantu Moscow.
2. OIC kecam keras undian Knesset Israel untuk kuat kuasa kedaulatan ke atas Tebing Barat
OIC menekankan bahawa pendudukan Israel dan pembinaan penempatan haram adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.
3. Kemboja desak Majlis Keselamatan PBB bertindak segera henti serangan Thailand
Hun Manet mendakwa tentera Thailand telah melancarkan serangan ke atas beberapa kedudukan Kemboja.
4. MAHAR kecam pembunuhan terancang wartawan di Gaza
Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menzahirkan kemarahan dan kekesalan mendalam terhadap kekejaman yang semakin dahsyat di Gaza, termasuk pembunuhan enam wartawan dalam satu serangan udara.
5. Korban meningkat kepada 11 orang, Thailand tutup sempadan dengan Kemboja
Langkah itu merupakan sebahagian daripada eskalasi tahap 4, iaitu tahap tertinggi dalam pelan tindak balas keselamatan negara.
6. Pesawat Angara Airlines sah terhempas, fiuslaj ditemukan terbakar di kawasan pergunungan
Tiada mangsa dilaporkan terselamat setakat ini.
7. Thailand dakwa 9 orang awam terbunuh dalam serangan artileri Kemboja
Thailand telah memindahkan lebih 40,000 penduduk dari 86 kampung ke lokasi perlindungan sementara susulan peningkatan serangan dan penggunaan senjata berat oleh kedua-dua pihak.
8. Pentadbiran Trump cadang pengesahan lokasi untuk cip AI, kawal eksport teknologi sensitif
Teknologi pengesahan lokasi dijangka menggunakan identiti cip dan kelewatan isyarat, namun pelaksanaan, kos dan mekanisme penguatkuasaan masih belum diperincikan.
9. Thailand kerah jet pejuang F-16 serang Kemboja, pertikaian sempadan makin memuncak
Satu daripada enam jet F-16 yang dikerahkan telah melepaskan bom ke atas sasaran tentera Kemboja seperti yang dirancang.
10. Malaysia gesa ASEAN bina rantaian bekalan semikonduktor bersepadu
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi ASEAN dan menerusi pelaburan bersama, perkongsian penyelidikan dan perkongsian pengetahuan untuk menjadikan cita-cita serantau menjadi kenyataan.