DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/07/2025 | 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Julai 2025.


1. Kerajaan Thailand arah semakan segera ke atas jumlah mangsa pergolakan sempadan

Kerajaan Thailand mengeluarkan arahan segera kepada semua agensi berkaitan untuk menyelaras jumlah orang awam dan anggota kerajaan yang terkesan akibat pertempuran di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.



2. Kemboja dakwa Thailand guna bom kluster, libat jenayah perang

Kerajaan Kemboja menuduh Thailand melakukan jenayah perang susulan dakwaan penggunaan bom kluster dalam serangan udara dan artileri di wilayah Preah Vihear, menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa pelucutan senjata negara itu.


3. Sembilan maut, 16 cedera dalam kemalangan 'sleeper bus' di Vietnam

Sembilan orang maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di wilayah tengah Ha Tinh, Vietnam awal pagi Jumaat.


4. Konflik Thailand-Kemboja: Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tertutup

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan mengadakan mesyuarat tertutup pada Jumaat bagi membincangkan konflik bersenjata yang semakin memuncak di sempadan Thailand-Kemboja.


5. China seru Kemboja, Thailand redakan ketegangan

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menyeru agar ketegangan antara Kemboja dan Thailand dapat diredakan secepat mungkin.


6. Jumlah wartawan terbunuh di Gaza meningkat kepada 232 orang

Pejabat Media Kerajaan Gaza mengesahkan jumlah wartawan yang terbunuh sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza kini meningkat kepada 232 orang.


7. PM Australia kecam sekatan bantuan Israel ke Gaza, anggap situasi sebagai malapetaka kemanusiaan

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyifatkan keadaan di Gaza sebagai “malapetaka kemanusiaan” dan menggesa agar setiap usaha dilakukan untuk melindungi nyawa orang awam serta menamatkan penderitaan dan kebuluran yang semakin meruncing.


8. Rakyat Mesir apung botol berisi makanan untuk penduduk Gaza, inisiatif simbolik lawan sekatan

Sekumpulan rakyat Mesir melancarkan inisiatif simbolik dengan menghanyutkan botol plastik berisi makanan ke Laut Mediterranean sebagai usaha mendesak bagi membantu penduduk Gaza yang berdepan krisis kebuluran akibat sekatan berterusan oleh Israel.


9. AS tolak cadangan Perancis iktiraf negara Palestin di PBB

Washington menolak cadangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk mengiktiraf negara Palestin.


10. Eksekutif kanan Astronomer ‘kantoi’ berpelukan dengan CEO dalam konsert Coldplay letak jawatan

Seorang pegawai kanan syarikat teknologi di Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan selepas tular dalam sebuah klip video yang merakamkan aksinya memeluk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu ketika konsert Coldplay.


#berita pilihan #antarabangsa #Gaza #konflik Thailand-Kemboja