[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/07/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Julai 2025.


1. Gempa bumi Rusia: Amaran tsunami kepulauan Pasifik ditarik balik

Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah menarik balik ancaman tsunami terhadap beberapa pulau di Lautan Pasifik termasuk Guam, Rota, Tinian dan Saipan, susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud yang berlaku di pesisir timur Rusia awal pagi tadi.



2. Gempa bumi Rusia: Lebih 1.9 juta penduduk Jepun diarah berpindah susulan amaran tsunami

Seramai 1,905,596 penduduk di 21 wilayah Jepun telah menerima arahan pemindahan ke kawasan lebih selamat selepas gelombang tsunami mula melanda pesisir timur negara itu berikutan gempa bumi kuat di Semenanjung Kamchatka, Rusia.


3. Filipina keluar amaran tsunami selepas gempa bumi kuat landa Rusia

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Rabu mengeluarkan amaran kepada penduduk di kawasan pesisir pantai yang menghadap Lautan Pasifik susulan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami setinggi kurang daripada satu meter, selepas gempa bumi kuat melanda Rusia.


4. Status amaran tsunami di Hawaii diturunkan kepada nasihat, penduduk dibenar pulang

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) menurunkan status amaran tsunami di Hawaii kepada nasihat tsunami.


5. IMF naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global berikutan tarif rendah, rangsangan fiskal

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global untuk 2025 kepada tiga peratus, iaitu peningkatan sebanyak 0.2 mata peratusan.


6. Thailand tuduh Kemboja langgar gencatan senjata buat kali kedua dalam dua hari

entera Thailand menuduh pasukan Kemboja melanggar perjanjian gencatan senjata buat kali kedua dalam tempoh 48 jam, selepas insiden tembakan berlaku di tiga lokasi berasingan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan.


7. Bekas CEO Astronomer mahu saman Coldplay

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi Astronomer, Andy Byron dilaporkan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan muzik terkenal British, Coldplay susulan insiden ‘kiss-cam’ yang tular semasa konsert mereka baru-baru ini.


8. Pakistan hantar 200 tan bantuan baharu ke Gaza di tengah sekatan makanan oleh Israel

Pakistan akan menghantar 200 tan bantuan kemanusiaan baharu ke Semenanjung Gaza ketika rejim Zionis Israel terus mengenakan sekatan makanan ke atas penduduk Palestin, satu keadaan yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa sebagai "senario kebuluran terburuk abad ini."


9. ASEAN perlu terus kekal bersatu, berpaksikan dialog - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN perlu terus kekal bersatu, berprinsip dan berpaksikan dialog dalam mendepani tantangan serantau dan global.


10. Trump ugut kenakan tarif setinggi 25 peratus ke atas import India jika rundingan gagal

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi amaran akan mengenakan tarif setinggi 25 peratus terhadap barangan import dari India sekiranya kedua-dua negara gagal mencapai perjanjian perdagangan yang telah lama dirundingkan.



#berita pilihan #antarabangsa #gempa bumi #berita dunia #berita global #Berita AWANI