DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Julai 2025.
1. Trump akan hadir ke Persidangan ASEAN di KL - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, telah mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada Oktober depan.
2. Kanada bakal iktiraf negara Palestin di PBB September ini
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, pada Rabu mengumumkan, Kanada berhasrat untuk mengiktiraf negara Palestin pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan berlangsung September ini.
3. Trump tandatangan perintah naikkan tarif Brazil kepada 50 peratus
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menandatangani perintah eksekutif baharu yang mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas eksport Brazil, dengan pengecualian diberikan kepada beberapa produk terpilih.
4. Angka korban di Gaza terus meningkat - OCHA
Angka korban dalam kalangan rakyat Palestin yang dilanda kebuluran serta petugas bantuan di Gaza terus meningkat walaupun terdapat penangguhan sementara serangan oleh tentera Israel, menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
5. Lebih 10,000 orang dipindahkan di selatan Myanmar susulan banjir
Seramai 10,395 orang dipindahkan ke 24 pusat pemindahan sementara akibat banjir melanda kawasan Hpa-an di negeri Kayin, lapor Xinhua memetik siaran stesen Radio dan Televisyen Myanmar.
6. Kemudahan nuklear stabil selepas gempa bumi Rusia - IAEA
Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memaklumkan bahawa keadaan di kemudahan nuklear di sepanjang pantai Pasifik Jepun serta Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) kekal stabil selepas gempa bumi kuat melanda perairan timur Rusia.
7. Junta Myanmar tamatkan darurat, umum pilihan raya pada Disember
Junta Myanmar pada Khamis mengumumkan penubuhan sebuah badan baharu bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini, sekali gus menamatkan perintah darurat yang dikuatkuasa sejak rampasan kuasa 2021.
8. Kemboja mohon bantuan Malaysia bebaskan 20 anggota tentera ditahan Thailand
Kemboja meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia, yang kini berperanan sebagai penyelaras dan pemerhati pelaksanaan gencatan senjata, untuk membebaskan 20 anggotanya yang masih ditahan oleh tentera Thailand.
9. PBB lulus Deklarasi New York berkaitan Palestin, tegaskan sokongan terhadap penyelesaian dua negara
Persidangan peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penyelesaian aman isu Palestin berakhir pada Rabu di ibu pejabatnya di New York.
10. India teliti tindakan tarif Trump yang dikaitkan dengan BRICS dan defisit perdagangan AS
India sedang meneliti keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan India, setelah pemimpin AS itu mengaitkan tindakan itu dengan keanggotaan India dalam kumpulan BRICS serta ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara.