DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Ogos 2025.
Kanada menggugurkan 10 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengecam tindakan Israel menghalang penghantaran bantuan sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, telah dikenakan tahanan rumah oleh Mahkamah Agung negara itu pada Isnin, selepas didapati melanggar perintah kehakiman yang dikenakan semasa perbicaraan berhubung dakwaan cubaan rampasan kuasa.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mengecam tindakan Mahkamah Agung Brazil yang mengenakan tahanan rumah terhadap bekas Presiden Jair Bolsonaro, menyifatkannya sebagai “penindasan politik yang melampau.”
Palestin dan Taiwan akan menghadiri upacara memperingati pengeboman atom di Hiroshima buat kali pertama, bersama penyertaan luar biasa daripada 120 negara dan wilayah sempena ulang tahun ke-80 tragedi itu, lapor agensi berita Kyodo memetik kerajaan bandar berkenaan.
India pada Isnin memberi respons terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung tarif, ekoran kebimbangan mengenai pembelian minyak dari Rusia secara berterusan oleh India.
Ribut Floris telah melanda sebahagian besar United Kingdom (UK) dengan tiupan angin luar biasa sehingga 145km/j, menyebabkan gangguan perjalanan, kerosakan harta benda dan pemotongan bekalan elektrik di kawasan utara negara itu.
Sekurang-kurangnya 302 orang maut manakala 727 lagi cedera dalam insiden berkaitan hujan di seluruh Pakistan sejak 26 Jun lalu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA).
Syarikat-syarikat utama Korea Selatan kini menggaji lebih ramai pekerja berusia 50 tahun ke atas berbanding golongan 20-an, mencerminkan penurunan ketara dalam pengambilan pekerja muda di tengah-tengah kelembapan ekonomi.
Brazil sedang bersiap sedia untuk mencabar secara rasmi tarif yang baharu dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di samping kekal terbuka untuk rundingan.
Kerajaan Rwanda telah mengesahkan bahawa negara itu bersetuju menerima sehingga 250 migran yang dihantar pulang dari Amerika Syarikat (AS), sebagai sebahagian daripada perjanjian dua hala yang ditandatangani di Kigali pada Jun lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami