DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Ogos 2025.
1. Angka korban akibat kebuluran di Gaza meningkat kepada 227, termasuk 103 kanak-kanak
Jumlah kematian akibat kekurangan zat makanan di tengah-tengah krisis bekalan makanan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 227 orang, termasuk 103 kanak-kanak.
2. Korban Gaza hampir 61,600 orang, 89 termasuk 31 pencari bantuan terbunuh 24 jam lalu
Serangan turut menyasarkan kawasan penempatan pelarian di Rafah, Khan Younis dan koridor Netzarim di tengah Gaza.
3. Pakaian tentera Rusia hanya dihasilkan syarikat tempatan mulai 2026 - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri yang melarang pemerolehan pakaian tentera dan pakaian lain buatan luar negara.
4. Perancis keluar amaran ekoran suhu melebihi 40 darjah Celsius
14 wilayah kini berada di bawah amaran merah, iaitu kategori tertinggi untuk gelombang haba, manakala 64 lagi diletakkan pada tahap amaran jingga.
5. Gempa magnitud 6.4 gegar Papua
Gempa berlaku pada jam 3.24 waktu Indonesia Barat (WIB), dengan pusat gempa terletak di laut, 27 kilometer tenggara Sarmi, pada kedalaman 13 kilometer.
6. Malaysia siasat ketelusan gencatan senjata Thailand-Kemboja - Panglima ATM
Pasukan Pemerhati Interim diketuai Malaysia memainkan peranan penting dalam menjalankan siasatan terhadap ketelusan gencatan senjata itu.
7. Dua gunung berapi Indonesia meletus, hambur abu vulkanik hingga 1,600 meter dari puncak
Gunung Marapi dan Gunung Dukono kini berada pada status Waspada (Level II).
8. Bangladesh sasar pelaburan Malaysia untuk pembangunan mampan
Ketua Penasihat Bangladesh, Dr Muhammad Yunus, menyeru kerjasama pelaburan lebih erat dengan Malaysia bagi memperkukuh ekonomi mampan dan membuka peluang pasaran global kedua-dua negara.
9. Ahli Parlimen New Zealand diusir keluar akibat ucapan berkaitan Gaza
Speaker Dewan menyifatkan kenyataan Swarbrick sebagai tidak boleh diterima.
10. Kemboja harap 18 anggota tentera dibebaskan segera selepas gencatan senjata
Maly Socheata mengakui kebimbangan keluarga anggota berkenaan yang menunggu penuh harapan untuk kepulangan mereka sejak gencatan senjata dipersetujui pada 28 Julai lalu.