DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Ogos 2025.
Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila jet pejuang Israel menyerang Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis pada Isnin.
Ombak dijangka mencapai ketinggian dua hingga tiga meter, dan melebihi tiga meter di kawasan mengalami ribut petir.
Perhimpunan itu menarik penyertaan pelbagai kumpulan masyarakat sivil termasuk pekerja, petani dan mahasiswa.
4. Mesyuarat Tergempar OIC: Malaysia ulang kecaman rancangan Israel rampas Gaza, desak tindakan segera
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya rancangan rejim Zionis Israel untuk menawan Gaza melalui kuasa ketenteraan dan menyifatkannya sebagai cubaan mengekalkan pendudukan haram ke atas bumi Palestin.
Walaupun ada usaha Barat untuk menyekat kandungan pro-Palestin, BDS Malaysia percaya ia tidak berkesan.
United Kingdom (UK) merekodkan jumlah tertinggi kes kecurian di kedai dalam tempoh setahun, menurut laporan akhbar The Times memetik data dibentangkan kepada Parlimen, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Anggota Pengawal Kebangsaan yang dikerahkan ke Washington oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini dibekalkan senjata api.
Pasukan penyelamat menggesa penduduk kampung di sepanjang Sungai Sutlej di wilayah Punjab supaya berpindah serta-merta berikutan paras air naik mendadak.
Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) pada Ahad memaklumkan gelombang haba yang melanda negara itu pada Ogos merupakan paling buruk pernah direkodkan dari segi suhu mahupun kesannya, lapor Xinhua.
Taufan Kajiki melanda kepulauan Hainan di selatan China pada Isnin sekali gus mengakibatkan pokok tumbang dan gangguan bekalan elektrik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami