DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/08/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Ogos 2025.


1. 14 rakyat Palestin termasuk 3 wartawan terbunuh dalam serangan ke atas hospital Gaza

Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila jet pejuang Israel menyerang Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis pada Isnin.



2. Thailand keluar amaran Ribut Tropika Kajiki

Ombak dijangka mencapai ketinggian dua hingga tiga meter, dan melebihi tiga meter di kawasan mengalami ribut petir.


3. Demonstrasi mega di depan DPR Indonesia, 15 individu ditahan cetus kekacauan

Perhimpunan itu menarik penyertaan pelbagai kumpulan masyarakat sivil termasuk pekerja, petani dan mahasiswa.


4. Mesyuarat Tergempar OIC: Malaysia ulang kecaman rancangan Israel rampas Gaza, desak tindakan segera

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya rancangan rejim Zionis Israel untuk menawan Gaza melalui kuasa ketenteraan dan menyifatkannya sebagai cubaan mengekalkan pendudukan haram ke atas bumi Palestin.


5. Tidak perlu boikot TikTok, maklumat berkaitan Palestin masih bebas - BDS Malaysia

Walaupun ada usaha Barat untuk menyekat kandungan pro-Palestin, BDS Malaysia percaya ia tidak berkesan.


6. Kadar jenayah: UK catat rekod tertinggi kes kecurian di kedai

United Kingdom (UK) merekodkan jumlah tertinggi kes kecurian di kedai dalam tempoh setahun, menurut laporan akhbar The Times memetik data dibentangkan kepada Parlimen, lapor Sputnik/RIA Novosti.


7. Pengawal Kebangsaan di Washington dibekalkan senjata api

Anggota Pengawal Kebangsaan yang dikerahkan ke Washington oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini dibekalkan senjata api.


8. Banjir besar Pakistan, penduduk sepanjang Sungai Sutlej diarah pindah serta-merta

Pasukan penyelamat menggesa penduduk kampung di sepanjang Sungai Sutlej di wilayah Punjab supaya berpindah serta-merta berikutan paras air naik mendadak.

9. Gelombang haba terbaharu di Sepanyol paling buruk pernah direkodkan - Agensi

Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) pada Ahad memaklumkan gelombang haba yang melanda negara itu pada Ogos merupakan paling buruk pernah direkodkan dari segi suhu mahupun kesannya, lapor Xinhua.


10. Taufan Kajiki landa kepulauan Hainan

Taufan Kajiki melanda kepulauan Hainan di selatan China pada Isnin sekali gus mengakibatkan pokok tumbang dan gangguan bekalan elektrik.





#berita pilihan #antarabangsa #gelombang haba #pasukan penyelamat