[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 12/09/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 September 2025.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 September 2025.


1. Serangan ke atas pemimpin di Doha tidak ubah tuntutan gencatan senjata Gaza - Hamas

Hamas dakwa Washington bersekongkol dengan Tel Aviv dalam serangan berdarah itu, yang disifatkan sebagai usaha Israel menggagalkan rundingan gencatan senjata di Gaza.



2. Serangan Israel ancam mana-mana negara usahakan keamanan - PM Qatar

Serangan Israel bukan sahaja menyasarkan Qatar tetapi mana-mana negara yang berusaha mencapai keamanan, kata Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman.


3. Rusuhan di Nepal ragut 51 nyawa, kerajaan tumbang - Polis

Nepal bergelut dengan krisis politik yang menyaksikan peletakan jawatan Perdana Menteri dan pengambilalihan kawalan keselamatan oleh pihak tentera.


4. Majlis Keselamatan PBB kecam serangan di Qatar tanpa menyebut Israel

Majlis Keselamatan PBB kecam serangan ke atas Qatar dan menggesa langkah meredakan ketegangan, tanpa menamakan Israel yang yang didakwa melakukan serangan itu.


5. Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dipenjara lebih 27 tahun selepas didapati bersalah rancang rampasan kuasa

Sekutu rapat Bolsonaro, Presiden Donald Trump sifatkan perbicaraan itu sebagai pemburuan politik dan mengenakan tarif serta sekatan terhadap hakim yang terlibat.


6. Prabowo setuju tubuh jawatankuasa bebas siasat insiden rusuhan

Keputusan itu diumumkan selepas pertemuan selama empat jam antara Prabowo dan wakil Gerakan Nurani Bangsa (GNB) di Istana Presiden, Jakarta, Khamis malam.


7. Banjir besar di Bali ragut 18 nyawa, ratusan bangunan rosak

Perkhidmatan pembersihan dan pemulihan infrastruktur sedang giat dijalankan, dengan bantuan kecemasan terus disalurkan kepada mangsa terjejas.


8. UK pecat Duta ke AS, Peter Mandelson susulan kaitan dengan Jeffrey Epstein

Pemecatan itu dibuat selepas PM Keir Starmer meminta Menteri Luar menarik balik pelantikan Mandelson berikutan bukti baharu daripada e-mel yang ditulis sendiri oleh beliau.


9. Arab Saudi sumbang 1.65 juta tong minyak mentah kepada Syria

Syria akan menerima 1.65 juta tong minyak mentah menerusi satu memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Khamis.


10. Bank Pusat Eropah kekalkan kadar faedah

ECB turut mengekalkan kadar faedah dalam keputusan terdahulu pada Julai, susulan persekitaran yang amat tidak menentu.







#berita pilihan #antarabangsa #gencatan senjata #Keir Starmer