DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 September 2025.
KUALA LUMPUR: Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 22 September 2025.
Dr Vivian Balakrishnan menegaskan pengiktirafan bergantung kepada kestabilan politik Palestin dan penolakan keganasan secara mutlak.
Langkah pengiktirafan oleh United Kingdom, Kanada, Australia dan Portugal pada 21 September telah mencetuskan reaksi keras dari Tel Aviv, walaupun negara-negara tersebut sekutu tradisi Israel.
Fokus sidang termasuk gencatan senjata, pembebasan tebusan, bantuan kemanusiaan ke Gaza, pelucutan senjata Hamas dan penubuhan negara Palestin berdasarkan sempadan pra-1967.
Israel dan Amerika Syarikat memboikot sidang tersebut, menyifatkannya sebagai propaganda.
Rusia seru komuniti antarabangsa perkukuh usaha diplomatik dan sokong sidang kemuncak khas di PBB bagi merangka pelan damai jangka
Malta akan secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-80, kata Perdana Menterinya Robert Abela pada Isnin setibanya di New York.
Presiden AS berkata tokoh terkemuka teknologi dan media akan menyertai sebuah konsortium yang bakal mengambil alih operasi TikTok di negara itu.
Dalam tempoh seminggu, United Kingdom, Kanada, Australia dan Portugal telah mengiktiraf negara Palestin secara rasmi, menyertai lebih 140 negara lain yang telah berbuat demikian.
Kira-kira 10,061 individu telah "dipindahkan sebagai langkah awal" di kawasan berisiko tinggi di Luzon Utara dan Tengah di Filipina.
LSE kekal di tempat pertama, diikuti University of St Andrews dan Durham University, dengan Durham dinobatkan sebagai University of the Year
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami