ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 6 Januari 2021.
1) COVID-19: Varian Afrika Selatan lebih bahaya, sukar dikesan ujian saringan – Pakar
VARIAN COVID-19 di Afrika Selatan tidak dapat dikesan melalui ujian saringan, sekali gus menjadikannya lebih berbahaya berbanding varian yang menular di United Kingdom (UK).
2) Penyanyi terkenal Indonesia, Chacha Sherly meninggal dunia akibat kemalangan
Khabar duka diterima dari Indonesia di awal Tahun Baharu 2021 dengan berita pemergian penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Chacha Sherly ke rahmahtullah pada Selasa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
3) COVID-19: Thailand berdepan tekanan selepas peningkatan drastik
Thailand kini berdepan tekanan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 terutamanya selepas pihak berkuasa kesihatan negara itu melaporkan 527 kes baharu pada Selasa.
4) Anugerah Grammy 2021 ditangguh ekoran COVID-19
PENGANJURAN anugerah muzik tahunan Grammy yang dijadual diadakan pada 31 Januari ini terpaksa ditangguh ekoran penularan wabak COVID-19.
Berita itu disahkan penganjur yang memaklumkan bahawa majlis anugerah itu akan dianjak ke satu tarikh lain disebabkan kebimbangan penularan pandemik itu.
5) Gadis Bond, Tanya Roberts meninggal dunia pada usia 65 tahun
PELAKON popular era 80-an, Tanya Roberts meninggal dunia pada usia 65 tahun dilaporkan akibat jangkitan pada salur kencing.
Berita kematian bintang siri filem Bond dan Charlie’s Angel itu disahkan Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada malam Isnin.
6) COVID-19: Jumlah kematian dijangka meningkat di England
Susulan peningkatan pesakit yang memerlukan rawatan di hospital, jumlah kematian akibat COVID-19 juga dijangka meningkat dalam bulan ini di England.
Negara itu merekodkan 830 kematian akibat wabak itu manakala jumlah jangkitan keseluruhan kini berjumlah 76,423, antara yang tertinggi di Eropah.
7) COVID-19: Jerman lanjutkan sekatan hingga 31 Januari
Canselor Jerman, Angela Merkel pada Selasa mengumumkan beliau bersetuju melanjutkan sekatan yang dikuatkuasakan ketika ini untuk tempoh tiga minggu lagi hingga 31 Januari depan.
8) Jack Ma dilapor 'hilang': Ini fakta penting yang diketahui
Hartawan yang juga pengasas Alibaba.com dari China, Jack Ma dilaporkan 'hilang' selepas mengkritik sistem kewangan China secara terbuka hujung tahun lalu.
Sebelum ini, beliau mendesak supaya kerajaan China melakukan perubahan serta pembaharuan terhadap sistem kewangan republik berkenaan.
9) Belanda mulakan program vaksinasi pertama
Belanda mengikut langkah negara-negara Eropah yang lain dengan memulakan program vaksinasi COVID-19 pertamanya pada Rabu.
Langkah suntikan vaksin sulung negara tersebut bermula dengan staf rumah jagaan dan petugas barisan hadapan hospital.
10) Indonesia catat kes baharu COVID-19 tertinggi, hampir cecah 9,000
Indonesia mencatatkan kes positif baharu COVID-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.
Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 788,402 kes, manakala 70,029 pesakit masih dalam pemantauan, akibat dijangkiti virus berkenaan.
Astro Awani
Wed Jan 06 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.