awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berlin sambut ulang tahun peringatan ke-62 Tembok Berlin

Bernama
Bernama
13/08/2023
22:15 MYT
Berlin sambut ulang tahun peringatan ke-62 Tembok Berlin
Tembok sepanjang kira-kira 155 kilometer itu yang memisahkan seluruh komuniti Timur dan Barat selama lebih 28 tahun, bertujuan menyekat perpindahan besar-besaran penduduk Jerman Timur ke Barat. - Gambar fail REUTERS
BERLIN: Berlin dan kawasan sekitarnya meraikan ulang tahun ke-62 pembinaan Tembok Berlin dengan memberi penghormatan kepada semua mangsa bekas rejim sempadan Jerman Timur, pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Parti politik dan masyarakat Jerman mengadakan beberapa acara bagi memperingati mangsa yang terkorban ketika cuba melarikan diri dari rejim komunis Jerman Timur, di sepanjang bekas sempadan yang secara fizikalnya membahagikan bandar itu kepada Timur dan Barat pada 13 Ogos 1961.
Ulang tahun itu juga memperingati perpecahan yang memisahkan keluarga selain sekatan kebebasan selama beberapa dekad.
Tembok sepanjang kira-kira 155 kilometer itu yang memisahkan seluruh komuniti Timur dan Barat selama lebih 28 tahun, bertujuan menyekat perpindahan besar-besaran penduduk Jerman Timur ke Barat.
Menurut Berlin Wall Foundation, sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh ketika cuba melarikan diri ke Jerman Barat.
Tembok itu diruntuhkan pada 9 November 1989, sekali gus menyatukan Jerman.
Selain acara peringatan di Chapel of Reconciliation Berlin, ketua pejabat kewangan bandar itu, Stefan Evers, akan meletakkan kalungan bunga bagi pihak kerajaan bandar di tugu peringatan di Bernauer Strasse, berhampiran Mauerpark yang terkenal di Berlin.
Acara penghormatan juga dirancang ke atas Peter Fechter, 18, yang ditembak mati oleh pengawal sempadan Jerman Timur pada Ogos 1962, setahun selepas tembok itu dibina.
Sementara itu, di bandar berdekatan Teltow di Brandenburg, ahli politik terkemuka di rantau ini akan memberi penghormatan kepada Peter Madler dan Karl-Heinz Kube, yang masing-masing ditembak pada 1963 dan 1966 semasa percubaan melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tembok Berlin
#ulang tahun ke-62
#Jerman
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan