awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Britain tuntut tribunal antarabangsa bagi mangsa MH17

Agensi
Agensi
17/07/2015
05:49 MYT
Britain tuntut tribunal antarabangsa bagi mangsa MH17
Setiausaha Luar British menuntut tribunal antarabangsa mendakwa pihak yang disyaki menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine pada tahun lalu.
Setiausaha Luar British, Philip Hammond pada hari Jumaat menuntut tribunal antarabangsa mendakwa pihak yang disyaki menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada tahun lalu.
Gesaan itu dibuat sempena upacara peringatan yang diadakan di Belanda dan Ukraine pada Jumaat, menandakan setahun selepas tragedi yang mengorbankan seramai 298 penumpang dan anak kapal.
Sebahagian kerajaan barat mempercayai pesawat malang itu ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak menggunakan sistem misil BUK semasa berada di ruang udara Ukraine.
Dakwaan itu adalah berdasarkan pintasan radio, bukti gambar-gambar dan video serta kenyataan daripada saksi dan gambaran satelit.
Walau bagaimanapun Rusia menafikan penglibatan dalam konflik Ukraine itu.
Pihak berkuasa Belanda mengatakan pihaknya masih belum bersedia untuk mengenal pasti pelaku yang bertanggungjawab, tetapi telah menyusulkan tribunal Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Laporan mengenai punca nahas dari Lembaga Keselamatan Belanda iaitu salinan awal yang diedarkan kepada beberapa negara yang mempunyai mangsa di atas pesawat, akan dikeluarkan pada bulan Oktober.
Topic Berkaitan
#Belanda
#Malaysia Airlines
#MH17
#Nahas
#Rusia
#tribunal
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan