Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menegaskan bukti lengkap dan kukuh diperlukan sebelum memuktamadkan bentuk campur tangan dalam konflik Syria.

Beliau bagaimanapun mengulangi pendiriannya menyokong peralihan kuasa secara aman di negara berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di White House, Obama menjelaskan bukti kukuh dan siasatan menyeluruh amat penting sebelum menentukan sebarang bentuk tindakan.

Tegas Obama, Amerika Syarikat memberikan bantuan bukan ketenteraan kepada pembangkang Syria.

Bagaimanapun, tambahnya perkembangan di negara berkenaan mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Untuk berita selanjutnya ikuti visual yang telah disediakan.