BANGKOK: Thailand mempertingkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa di tengah-tengah kebimbangan global berikutan peningkatan kes cacar monyet.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Sathit Pitutecha berkata para pegawai telah diminta untuk mengenal pasti dan mengumpul sampel penumpang yang menunjukkan simptom bagi mengawal penularan penyakit itu.
"Pegawai kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa mesti sentiasa berwaspada dan mempergiat pemantauan kemasukan individu dari negara yang terjejas wabak itu," katanya.
Sementara itu, ThaiPBS melaporkan penumpang yang tiba dari negara yang mempunyai kes cacar monyet akan diberikan notis kesihatan dalam bentuk kod QR.
Sehingga kini, tiada kes cacar monyet dilaporkan di Thailand.
Pengarah bahagian epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Chakkarat Pitayawonganon berkata Kementerian Kesihatan Awam tidak mengisytiharkan cacar monyet sebagai penyakit berjangkit berbahaya.
"Kementerian dan agensi berkaitan akan adakan pertemuan untuk menilai risiko jangkitan," katanya.
Kementerian Kesihatan Awam turut menubuhkan pusat operasi kecemasan bagi memantau penularan virus itu.
Setakat ini, wabak cacar monyet telah menjejaskan negara Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat, serta Australia dengan sekurang-kurangnya 130 kes disahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Pegawai kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa mesti sentiasa berwaspada dan mempergiat pemantauan kemasukan individu dari negara yang terjejas wabak itu. - Gambar fail
Delegasi Hamas ke Mesir, teruskan rundingan gencatan senjata
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh sahkan delegasi akan ke Mesir, untuk meneruskan rundingan gencatan senjata dengan Israel
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Laporan UNDP mendedahkan proses pembinaan semula infrastruktur yang musnah di Gaza akan mengambil masa beberapa dekad
Pelajar Colombia sifatkan NYPD kejam, kecewa dan ngeri
Pelajar Universiti Columbia dan penyokong pro-Palestin meneruskan protes dan berarak di luar pintu masuk Universiti Columbia di tengah-tengah kekejaman yang berterusan di Gaza.
Ia susulan malam berikutnya, polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
Ia susulan malam berikutnya, polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
Profesor dan pelajar universiti Colombia desak kampus dibuka semula
Profesor & kumpulan pelajar di Universiti Colombia desak kampus dibuka semula selepas protes pro Palestin menyebabkan pengurusan menutup universiti
Protes tidak akan ubah dasar AS ke atas Israel - Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata bahawa kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang mesti dihormati dalam protes di kampus kolej berhubung perang di Gaza.
Sambil berkata meskipun protes seluruh universiti diadakan sekalipun, ia tidak memaksanya untuk mempertimbangkan semula dasar-dasarnya di Timur Tengah.
Sambil berkata meskipun protes seluruh universiti diadakan sekalipun, ia tidak memaksanya untuk mempertimbangkan semula dasar-dasarnya di Timur Tengah.
Kehadiran jentera kempen PRK KKB bukti kesepaduan Kerajaan Perpaduan - Zambry
Kehadiran dan komitmen jentera parti Kerajaan Perpaduan pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu jelas membuktikan keutuhan kerajaan.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan
Kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM
Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.