awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Dua lelaki direman bantu siasatan kes bunuh di Mantin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Boeing yakin tahap keselamatan model 737 MAX 8

Agensi
Agensi
12/03/2019
04:50 MYT
CEO Boeing yakin tahap keselamatan model 737 MAX 8
Pesawat 737 MAX yang diyakini selamat oleh CEO Boeing. -Gambar fail
SUSULAN tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines pada Ahad, timbul keraguan dalam kalangan pengguna terhadap tahap keselamatan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 keluaran syarikat Boeing.
Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg dalam satu kenyataan pada Isnin bagaimanapun menepis tanggapan itu dan mendakwa rekaan pesawat tersebut mematuhi piawaian, lapor Reuters.
“Kami yakin dengan sistem keselamatan yang disediakan pada pesawat Boeing 737 MAX 8, ia direka khas sesuai untuk lelaki dan perempuan.
“Pesawat jenis ini melepasi piawaian penerbangan sebelum dipasarkan, dan beratus-ratus pesawat jenis MAX telah berjaya dikendalikan dengan baik dan selamat,” katanya lagi.
Peristiwa malang pada Ahad itu merupakan cabaran buat Boeing selepas tragedi sama yang berlaku ke atas pesawat Lion Air pada Oktober tahun lalu.
BACA: Nahas Ethiopian Airlines: 149 penumpang, 8 kru pesawat disahkan terkorban
BACA: Jenis pesawat nahas Ethiopian Airlines sama dengan pesawat Lion Air yang terhempas
Boeing dilapor telah memasarkan 370 pesawat jenis MAX kepada 47 pelanggan.
Susulan tragedi yang menimpa Ethipian Airlines itu, China telah menggantung operasi penerbangan bagi pesawat jenis Boeing 737 Max 8 diikuti Indonesia, Ethiopia dan beberapa negara lain.
BACA: Tiga negara gantung khidmat Boeing 737 Max 8
Walau bagaimanapun syarikat penerbangan di Amerika Utara dan Timur Tengah masih meneruskan operasi penerbangan pada Isnin susulan jaminan oleh Boeing.
Antara syarikat yang beroperasi menggunakan pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 ialah Ethiopian Airlines, Air Canada, Air China, American Airlines, China Eastern Airlines, China Southern Airlines, Flydubai, Garuda Indonesia, Jet Airways, Lion Air, SilkAir, Southwest Airline, dan Turkish Airlines.
Topic Berkaitan
#Air Canada
#Airbus SE's A320neo
#Boeing
#Boeing 737 MAX 8
#Canada
#CEO
#China
#Dennis Muilenburg
#Ethiopian Airlines
#Indonesia
#keselamatan
#Ketua Pegawai Eksekutif Boeing
#Lion Air
#penerbangan
#pesawat
#syarikat
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan