SINGAPURA:Singapura dalam pengesahan awal melaporkan 15 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, termasuk lima kes import.
Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu semua kes import telah diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di Singapura.
Berdasarkan siasatan MOH, kementerian itu berkata tiada kes dalam komuniti.
Dengan perkembangan terkini itu, jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di republik itu ialah 57,700.
MOH berkata ia masih lagi meneliti perincian kes dan kemas kini selanjutnya akan dikeluarkan malam ini.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementarian itu mendedahkan kesemua 20 kes yang dilaporkan semalam adalah pesakit tanpa gejala dan dikesan daripada saringan dan pengawasan proaktif MOH.
Setakat ini MOH mengklasifikasikan 1,041 kes yang dilaporkan adalah kes import; 2,245 kes komuniti dan 54,399 melibatkan penghuni asrama.
Menurut kementerian itu 57,359 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Dua puluh lima kes yang disahkan masih dirawat di hospital tetapi tiada di unit rawatan rapi.
Sementara itu 274 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif untuk COVID-19 telah diasingkan dan mendapat rawatan di kemudahan penjagaan komuniti.
Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik itu dengan kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 27 2020
Semua kes import telah diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di Singapura. - Reuters
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.