ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 menghampiri 1.23 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,229,758 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 234,300 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 161,106 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 124,315 dan 93,228 angka korban manakala United Kingdom mencatatkan 47,832 kes kematian akibat wabak berkenaan.

Sementara itu, Itali (40,192), Perancis (39,088), Sepanyol (38,486), Iran (36,985) dan Peru (34,671), Argentina (32,520) dan Columbia (32,013) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Rusia (29,285) pula merekodkan angka lebih 25,000 kes korban.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.