ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini direkodkan pada 1,991,206 kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 388,048 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 207,095 kes, sementara India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian, iaitu masing-masing dengan 151,727 dan 136,917.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 1.98 juta


Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Jerman, Peru dan Afrika Selatan.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

BACA: COVID-19: Kes positif seluruh dunia hampir 93 juta