ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia berdasarkan data Johns Hopkins University kini mencecah 1.67 juta kes.

Setakat pagi ini, jumlah kematian global dicatatkan pada 1,670,818 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan kes kematian tertinggi dengan lebih 312,000 mangsa.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis dan Iran.

Manakala negara yang merekodkan 30,000 hingga 50,000 kematian ialah Sepanyol, Rusia, Argentina, Colombia dan Peru.

Tiga negara catat angka korban melebihi 20,000 iaitu Afrika Selatan, Poland dan Jerman.

Indonesia, Belgium, Turki, Chile dan Ukraine antara negara yang merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.