ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia berdasarkan data Johns Hopkins University kini menghampiri 1.7 juta kes.

Setakat 7.30 pagi waktu Malaysia, jumlah kematian global dicatatkan pada 1,683,534 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan kes kematian tertinggi dengan 315,630 mangsa.

Ini diikuti Brazil (186,356), India (145,136) dan Mexico (117,249) yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali (68,447), United Kingdom (67,177), Perancis (60,534) dan Iran (53,448).

Manakala negara yang merekodkan 30,000 hingga 50,000 kematian ialah Rusia (49,744), Sepanyol (48,926), Argentina (41,763), Colombia (40,268) dan Peru (36,858).

Tiga negara mencatat angka korban melebihi 20,000 iaitu Afrika Selatan (24,539), Poland (25,254) dan Jerman (25,899).

Indonesia, Belgium, Turki, Chile dan Ukraine antara negara yang merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.