JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 185.8 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.8 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 30.75 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.96 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki, Rusia dan United Kingdom.

Argentina Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.45 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.45 juta.

Malaysia lebih 817,000 kes, manakala Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 317,000 dan lebih 62,000 kes.