awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: England tetap mansuh sekatan mulai 19 Julai walaupun kes naik

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
23:55 MYT
COVID-19: England tetap mansuh sekatan mulai 19 Julai walaupun kes naik
Boris Johnson bercakap pada sidang media di Downing Street, London, 12 Julai, 2021. (Foto AP)
KESEMUA sekatan pergerakan yang masih dikuatkuasakan di England akan dimansuhkan minggu depan walaupun negara itu merekodkan peningkatan mendadak kes COVID-19.
England akan menjadi negara pertama di Britain yang memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengesahkan perkara itu dalam taklimat di London pada Isnin.
"Kami akan meneruskan dasar sempadan yang ketat, termasuk kuarantin bagi mereka yang tiba dari negara-negara risiko tinggi, dan kami akan terus lakukan ujian saringan, pengesanan dan pengasingan," katanya.
Johnson berkata, kerajaan berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran dalam memberikan vaksin dos pertama kepada semua orang dewasa menjelang 19 Julai.
Beliau turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 dan tidak menolak kemungkinan mengenakan sekatan pergerakan semula sekiranya keperluan itu timbul.
Sementara itu, Ketua Penasihat Sains Kerajaan United Kingdom Sir Patrick Vallance berkata, jangkitan baharu boleh mencapai 100,000 sehari pada musim panas.
Sebilangan besar kes jangkitan dijangka berlaku dalam kalangan golongan muda yang belum menerima dos pertama vaksin.
Britain telah melaksanakan salah satu program vaksinasi paling cepat di dunia, dengan lebih 87 peratus orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 66 peratus telah menerima dua dos.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekatan pergerakan
#pelitup muka
#penjarakan fizikal
#Boris Johnson
#ujian saringan
#program vaksinasi
#vaksin
#dos pertama
#jangkitan
#London
#Britain
#England
#United Kingdom
#mansuh sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan