awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Korea Selatan lapor 4 kes import, sifar jangkitan tempatan

Bernama
Bernama
30/04/2020
06:00 MYT
COVID-19: Korea Selatan lapor 4 kes import, sifar jangkitan tempatan
Penganut Buddha memakai topeng muka bagi mengekang penularan COVID-19 ketika menghadiri satu upacara keagamaan di sebuah kuil di Seoul, Korea Selatan, 30 April, 2020. (Foto AP)
Korea Selatan melaporkan empat lagi kes baharu COVID-19 pada Khamis, melibatkan kes import dan sifar jangkitan tempatan, pertama kali sejak wabak mula melanda.
Empat kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan 10,765, lapor agensi berita Yonhap.
Ia adalah kenaikan harian terendah dalam tempoh lebih dua bulan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).
Walaupun terdapat tanda-tanda pengurangan jangkitan, pihak berkuasa kesihatan tetap berjaga-jaga terutamanya ketika cuti umum.
Peningkatan jumlah kes import masih menjadi kebimbangan pihak berkuasa Korea Selatan. Empat kes baharu itu menjadikan jumlah kes import sebanyak 1,065. Lebih 90 peratus pesakit adalah warga Korea Selatan.
Daegu, wilayah paling teruk dilanda wabak itu, terletak 300 kilometer di tenggara Seoul, tidak mencatatkan sebarang kes baharu. Bandar ini menyumbang 64 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 di Korea Selatan.
Negara dengan jumlah penduduk kira-kira 50 juta itu telah menjalankan saringan COVID-19 terhadap 619,881 orang, sejak 3 Januari. Korea Selatan melaporkan kes pertama COVID-19 pada 20 Januari.
Jika jumlah jangkitan baharu terus mendatar menjelang akhir musim percutian, Korea Selatan merancang untuk mengurangkan penjarakan sosial.
Selain itu, Korea Selatan merancang menamatkan peraturan kuarantin, bermakna sekolah dan tempat kerja kembali dibuka seperti biasa dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga.
Pegawai kesihatan negara itu pesimistik keadaan akan kembali seperti sediakala, di tengah-tengah kebimbangan banyak pihak kemungkinan berlakunya gelombang kedua jangkitan akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KCDC
#kes import
#kesihatan
#Korea Selatan
#koronavirus
#kuarantin
#penjarakan sosial
#sekolah
#sifar jangkitan
#tempat kerja
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan