Skip to main content

Dunia

COVID-19: Penunjuk perasaan berarak di jalan gesa sekatan di UK dihapuskan

51619312788_antilockdownUnite.jpg
51619312788_antilockdownUnite.jpg
Advertisement
LONDON: Ribuan penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan utama di pusat bandar London menggesa agar sekatan akibat COVID-19 dihapuskan segera.

Sekatan yang menghad aktiviti sosial dan ekonomi dijadual akan berakhir pada 21 Jun depan.

Bagaimanapun terdapat beberapa kelonggaran di UK antaranya salon rambut, kedai makan dan pub dibenarkan beroperasi.

Kawasan tertutup seperti teater dan pawagam dan tempat duduk tertutup di bar atau restoran, dijadualkan dibuka pada 17 Mei.

Ia termasuk kebenaran kepada orang ramai untuk hadir ke stadium sukan bagi menyaksikan perlawanan.

Tetapi penunjuk perasaan ragu-ragu mengenai pelan pembukaan ekonomi dan aktiviti sosial serta rancangan ujian saringan kerajaan.

Ini kerana kerajaan UK ada mengatakan tarikhnya akan ditunda sekiranya jangkitan dan kemasukan ke hospital meningkat.

Walaupun kes dan kematian berkaitan COVID-19 baharu berada pada tahap terendah dalam sekitar enam bulan, UK telah menyaksikan kes kematian paling tinggi akibat wabak iaitu lebih dari 126,500 kes.




Must Watch Video

Advertisement