awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UK lulus penggunaan vaksin Pfizer terhadap kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2021
22:00 MYT
COVID-19: UK lulus penggunaan vaksin Pfizer terhadap kanak-kanak
Sebelum UK, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah turut meluluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia 12 sehingga 15 tahun. -REUTERS
LONDON: Agensi Kawal Selia Ubat-ubatan dan Kesihatan Britain meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-Biontech kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.
Menurut Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock, keputusan tersebut dicapai selepas data ujian klinikal menunjukkan keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap golongan ini.
Jelasnya, UK sudah memesan bekalan vaksin yang mencukupi untuk diberikan kepada golongan usia ini.
Namun Hancock menegaskan, kerajaan akan memantau rapat perkembangan ujian klinikal sebelum ia mula diedarkan.
“Saya mengalu-alukan keputusan badan pengawal selia bahawa vaksin tersebut adalah selamat dan berkesan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.
“Kami akan meniliti nasihat klinikal yang diberikan oleh badan organisasi vaksinasi dan imunisasi untuk cara melaksanakannya. Kemudian kami akan meneliti nasihat klinikal.
“Kita mempunyai bekalan yang mencukupi untuk memberikan suntikan kepada kanak-kanak sekiranya keputusan klinikal menyatakan perkara tersebut.
"Kita kini sudah mendapat keputusan untuk meluluskan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas tetapi saya ingin memastikan semuanya sudah dilakukan berdasarkan keputusan klinikal untuk memastikan negara ini keluar dari pandemik dengan selamat,” katanya.
Pada masa sama, jelas Hancock, kerajaan juga akan mengawal selia data terkini dari negara-negara lain berkenaan keputusan tersebut.
Sebelum UK, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah turut meluluskan penggunaan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.
Topic Berkaitan
#Pfizer-BioNTech
#Kesatuan Eropah
#Britain
#Pfizer
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#pandemik
#Matt Hancock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan