MOSCOW: Ekonomi Rusia mula berkembang mengikut "model baharu," kata Presiden Vladimir Putin pada Khamis.
Bercakap pada kongres Kesatuan Industri dan Usahawan Rusia (RUIE) di Moscow, Putin mengucapkan terima kasih kepada ahli perniagaan, perusahaan dan pekerja atas sumbangan mereka kepada pembangunan negara.
Putin berkata RUIE terlibat secara aktif dalam agenda seluruh negara dan mempunyai pandangan, pendapat dan cadangannya sendiri yang sangat penting ketika Rusia, disebabkan sekatan, mula membangun mengikut model baharu.
Beliau berkata KDNK Rusia mengalami penurunan maksimum sebanyak 4.7 peratus pada Jun lalu, lapor Anadolu Agency.
"Puncanya sudah diketahui umum -- sekatan akibat perang serta cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam ekonomi dan perdagangan global selain sistem hubungan antarabangsa secara keseluruhan yang didakwanya merupakan punca masalah itu.
"Ini adalah cabaran yang belum pernah dihadapi oleh Rusia mahu pun negara lain di dunia dalam sejarah moden," katanya.
Putin berkata sejak tempoh yang paling sukar ini, ekonomi Rusia telah beralih kepada pertumbuhan.
Beliau berkata faktor yang mendorong peningkatan itu termasuk pengembangan perdagangan asing, permintaan dalam negeri yang semakin meningkat dan penurunan inflasi yang dijangka pada paras 4-5 peratus pada Mac.
"Keseluruhannya perdagangan asing Rusia 2022 melonjak 8.1 peratus kepada AS$850 bilion, termasuk eksport hampir 20 peratus, dengan import menurun hampir 12 peratus. Lebihan imbangan perdagangan sebanyak AS$332 bilion atau 70 peratus lebih tinggi berbanding 2021," katanya.
Mengenai unjuran pendapatan yang lemah di wilayah Barat akibat kemarau, Putin berkata jika tiada sekatan terhadap baja Rusia, petani Eropah boleh menggunakannya untuk meningkatkan hasil tanaman mereka.
Putin juga berkata penutupan syarikat Barat membuka peluang kepada perniagaan Rusia dan menggesa usahawan negara itu untuk menggunakan peluang itu.
Beliau juga berkata untuk pertumbuhan ekonomi, kemudahan pengeluaran perlu diwujudkan selain membuka perusahaan baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan di seluruh negara.
Putin berkata bahawa untuk mengelakkan senario negatif, isu logistik, kewangan, infrastruktur dan teknologi perlu ditangani.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Putin berkata KDNK Rusia mengalami penurunan maksimum sebanyak 4.7 peratus pada Jun lalu. -AP
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
Tiada siapa dapat pecah belah rakyat Rusia selepas serangan keganasan di Moscow - Putin
Putin mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan dan sedia bergabung dalam memerangi keganasan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Putin menang besar, peroleh 87 peratus undi
Kemenangan Putin dalam keputusan awal itu adalah yang paling bergaya pernah dicatatkan bagi pemimpin pasca-Soviet.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai rakyat Rusia masih setia kepada Putin
Di sebalik perang di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu.
Pilihan Raya Presiden Rusia bermula hari ini
Lebih 200 pemerhati parlimen dan berpuluh-puluh lagi pakar pilihan raya telah diberikan tauliah melalui Majlis Persekutuan.
31,000 tentera Ukraine terbunuh sejak pencerobohan Rusia - Presiden Zelensky
Volodymyr Zelensky nafi dakwaan Vladimir Putin kononnya sehingga 300,000 askar Ukraine telah terkorban sepanjang perang.
Lyudmila Navalnaya tuntut mayat anak lelakinya daripada Vladimir Putin
"Beri saya peluang jumpa anak saya," pinta Lyudmila Navalnaya daripada Vladimir Putin.