ISTANBUL: Angka kematian akibat kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria kini melebihi 24,000 orang.

Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada 20,655 mangsa manakala di Syria sahaja, jumlah mangsa maut kini melebihi 3,500 mangsa.

Menurut Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kejadian gempa kali ini sebagai bencana terburuk dalam dekad ini.

Ia melepasi angka kematian gempa di Fukushima, Jepun pada tahun 2011 dan di utara Turkiye pada 1999.

Manakala mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kawasan gempa dilaporkan seramai 93,000 orang.

Misi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan dipergiatkan di wilayah terjejas dan seramai 166,000 anggota terlibat.

Turkiye isytihar ia berkabung selama 7 hari sehingga Isnin ini berikutan kejadian gempa bumi dahsyat itu.

Sehingga kini, lebih 13.5 juta mangsa terkesan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku pada Isnin lepas itu.

Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Türkiye sebanyak 1,891 gempa susulan dilaporkan sejak gempa pertama berlaku pada Isnin.