Skip to main content

Dunia

Grid kuasa stabil selepas gangguan elektrik akibat serangan - Iran

Emergency personnel work at the site of a strike, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 12, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY TPX IMAGES OF THE DAY
Seluruh wilayah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Feb, membunuh lebih 1,340 orang setakat ini. - Gambar/ Reuters

ISTANBUL: Timbalan Menteri Tenaga Iran berkata pada Isnin grid kuasa negara itu stabil dan gangguan (elektrik) di Tehran dan Alborz telah diselesaikan, lapor Anadolu Ajansi, memetik Agensi Berita Tasnim.

Kenyataan itu susulan gangguan bekalan elektrik yang dilaporkan pada Ahad di beberapa bahagian Iran termasuk Tehran dan bandar utara Alborz, selepas serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel menyasarkan infrastruktur elektrik.

Advertisement

Seluruh wilayah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Feb, membunuh lebih 1,340 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei. 

Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

-- BERNAMA-ANADOLU  

 

 

Must Watch Video