awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 50,000 penduduk Pattani terjejas akibat gelombang banjir terbaru

Bernama
Bernama
23/01/2017
13:55 MYT
Hampir 50,000 penduduk Pattani terjejas akibat gelombang banjir terbaru
Gelombang banjir terbaru melanda wilayah Pattani dan menyebabkan 49,328 penduduknya terjejas. - fotoBERNAMA
Gelombang banjir terbaru melanda wilayah Pattani dan menyebabkan 49,328 penduduknya terjejas manakala golongan peniaga pula menanggung kerugian besar berikutan kemusnahan terhadap tanaman serta ternakan mereka.
Gabenor Pattani Wirana Pengjan berkata lima daerah di wilayah itu iaitu Muang, Yarang, Khokpo, Mea-Lan dan Nong Chik masih ditenggelami air pada ketika ini.
"Sejak awal pagi tadi, air mulai memasuki rumah-rumah di tepi Sungai Pattani seperti Mukim Paka Harang, kampong bersejarah Chabang Tiga manakala di daerah Muang, terdapat 300 buah rumah ditenggelami air sedalam 1 hingga 2 meter," katanya kepada pemberita hari ini.
BACA: Banjir tiga minggu di selatan Thailand ragut 80 nyawa
BACA: Kerugian akibat banjir di selatan Thailand dijangka cecah 120 bilion baht
Beliau memberi amaran kepada pemilik premis perniagaan di bandar Pattani supaya bersiap sedia untuk berpindah ekoran kenaikan paras air banjir berikutan hujan lebat yang kembali melanda wilayah itu sejak beberapa hari lepas.
Menurut Wirana, ini adalah kali keempat wilayah Pattani dilanda banjir di dalam tempoh hampir sebulan.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Chatchai Promlert dalam kenyataan hari ini berkata banjir di 12 wilayah selatan Thailand dari 1 Jan sehingga hari ini telah mengorbankan 85 orang manakala empat masih hilang.
Lebih 1.7 juta penduduk di wilayah-wilayah terbabit terjejas akibat bencana itu, katanya.
Bencana banjir melanda selatan Thai sejak awal tahun sehingga hari ini disifatkan oleh pegawai kerajaan sebagai yang terburuk dalam sejarah 50 tahun wilayah itu.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya pula memberi amaran kepada penduduk di selatan Thailand supaya bersiap sedia menghadapi lebih banyak hujan lebat yang memungkinkan banjir mulai hari ini hingga Rabu.
Penduduk turut diberi amaran supaya berwaspada terhadap kemungkinan tanah runtuh, manakala bot-bot kecil diminta berhati-hati berikutan angin kencang dan ombak setinggi sehingga 2 meter di Teluk Siam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Chatchai Promlert
#Khokpo
#Mea-Lan
#Muang
#NONG CHIK
#Pattani
#Yarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan