RAMALLAH: Angka kecederaan rakyat Palestin kini melebihi 72,000 hanya dalam tempoh lima bulan sejak pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza bermula 7 Okt lepas.
Lebih menyayat hati apabila kali ini, puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza yang terluka dan cedera angkara pelanggaran Zionis Israel terhadap semua undang-undang dan norma antarabangsa, tiada akses rawatan dan hanya mampu dibiarkan berdarah yang selalunya berakhir dengan kematian.
Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS), jumlah tidak konkrit angka kecederaan di Semenanjung Gaza kini dicatat melebihi 72,760 orang, selain beribu lagi masih hilang di bawah runtuhan.
"Jumlah kematian mencecah 31,112, yang majoritinya kanak-kanak dan wanita," menurut PCBS dalam kenyataan dipetik Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Menurut PCBS berbanding pada 2022, sebanyak 10,587 kecederaan direkodkan dalam kalangan rakyat Palestin.
Daripada angka ini, 2,027 telah dipindahkan ke hospital manakala 8,560 telah dirawat di lokasi.
Sementara 2021 pula mencatat lebih 16,500 kecederaan dalam kalangan rakyat Palestin akibat kekejaman tentera dan penerokaan haram Israel.
"Kira-kira 3,095 daripadanya dipindahkan ke hospital, termasuk 964 di Tebing Barat dan 2,131 di Gaza," katanya.
Menurut kenyataan itu, pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza pada 2014 menyebabkan kira-kira 11,000 cedera, sementara dalam perang 2012 (1,526 cedera) dan 2008 (5,450 cedera).
Sementara jumlah yang cedera dalam tempoh enam tahun antara 1987 dan 1993 adalah kira-kira 130,000.
Kenyataan berbahasa Arab PCBS dikeluarkan sempena memperingati sambutan Hari Luka Palestin yang jatuh pada 13 Mac setiap tahun sebagai penghormatan kepada mereka yang cedera, menghargai pengorbanan dan penderitaan Palestin yang berterusan, selain sebagai peringatan kepada dunia tentang jenayah pendudukan Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Puluhan ribu rakyat Palestin di Gaza yang cedera angkara serangan Israel tiada akses rawatan. - Gambar fail/AP
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Pencabulan Israel di Lubnan: PM Najib Mikati seru sokongan antarabangsa segera
Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati menegaskan bahawa Lubnan sedang menghadapi krisis luar biasa yang mengancam masa depannya.
PM terima kunjungan hormat PM Lubnan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati di Riyadh, Arab Saudi.
Serangan Israel: Iran sambung semula penerbangan
Iran menyambung semula penerbangan pada pagi Sabtu selepas menghentikannya buat sementara waktu susulan serangan Israel yang menyasarkan tiga wilayah di negara itu.
Lima hospital di Lubnan tidak dapat beroperasi akibat serangan Israel
Ketua Kesatuan Doktor Lubnan mengesahkan bahawa lima hospital tidak dapat beroperasi akibat serangan rejim Israel ke atas negara Arab itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Hanya kerajaan Lubnan boleh berunding gencatan senjata segera - Liga Arab
Liga Arab menegaskan kerajaan Lubnan adalah "satu-satunya badan yang diberi kuasa untuk berunding bagi pihak negara.