Program Ihya Ramadan WeMalaysia di The University of Queensland (UQ) Australia membawa keenakan bubur lambuk negara untuk dinikmati pelajar Malaysia di universiti berkenaan.
Pengerusi WeMalaysia Australia Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia merupakan inisiatif WeMalaysia Australia cawangan Queensland menghidupkan semangat menyambut Ramadan dalam kalangan pelajar Malaysia di luar negara.
"Program ini dijalankan secara ringkas dengan pengagihan bubur lambuk kepada pelajar dan sumbangan kepada anak yatim yang terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda.
"Majlis sederhana ini memberi peluang kepada pelajar dan diaspora berinteraksi dan berkongsi pengalaman hidup menyambut ramadan di luar negara sambil menikmati bubur lambuk.
"Sesuatu yang menarik adalah pengagihan bubur lambuk juga diberikan kepada pelajar bukan muslim sekali gus sebahagian usaha WeMalaysia memupuk perpaduan pelajar Malaysia berbilang kaum di perantauan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Pelajar ejen promosi budaya Malaysia di luar negara - Fiona Kee
BACA: Perpaduan kaum di Malaysia jadi aspirasi masyarakat luar negara - WeMalaysia Australia
Selain itu jelasnya, menghayati erti Ramadan di perantauan apabila berjauhan daripada keluarga mengajar betapa perlunya kekuatan jasmani dan emosi pelajar.
"Kami menyambut Ramadan sambil berdepan dengan tugasan dan peperiksaan, namun berkat amalan di bulan yang mulia mampu menjadikan kita lebih cekal dan positif," ujarnya.
Dalam majlis yang sama, penyedia bubur lambuk, Ali Shahbana Saroni menyatakan rasa kesyukuran diberi peluang dapat bersama pelajar Malaysia meraikan Ramadan di perantauan.
"Tradisi masyarakat kita tidak pernah luntur, walau jauh beribu batu, kita masih mengekalkan warisan turu temurun dengan juadah berbuka puasa bubur lambuk.
"Kelazimannya, bubur lambuk di Malaysia disediakan di masjid atau surau, tapi di Brisbane disediakan dari rumah dan diedarkan kepada semua di sini tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Ali yang menjalankan perniagaan penyediaan makanan mempunyai pengalaman lebih 12 tahun menjalani kehidupan perantauan di bumi Queensland.
"Paling utama adalah semangat meraikan Ramadan dengan kesyukuran walau jauh daripada keluarga, namun ingatan apa yang kita semai dan pelajari dari kecil sentiasa menjadi ingatan dan ajaran yang berguna lebih lebih menyambut bulan yang mulia ini," jelasnya.
Dalam pada itu, tetamu bukan Muslim, John Chai juga melahirkan rasa gembira berpeluang menikmati bubur lambuk bersama pelajar dan selain mengakui program itu berjaya menyatukan diaspora dan pelajar.
Anak kelahiran Ipoh yang telah mendiami bumi Queensland sejak 1973 itu merasakan suasana sebegitu mengimbas kenangan ketika di tanah air.
John yang menjalankan perniagaan St Lucia Supermarket dan lain-lain perniagaan merasakan majlis itu berjaya menerap rasa muhibah, hormat menghormati dan toleransi seterusnya mengeratkan persaudaraan antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.
Majlis itu turut diserikan dengan pemberian sumbangan beli baju raya kepada kanak-kanak yang menetap bersama keluarga di perantauan yang bersama memeriahkan majlis tersebut.
Sementara itu, pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom menyambut Ramadan tahun ini dengan tempoh berpuasa yang lebih lama berbanding di Malaysia.
Dalam satu kenyataan WeMalaysia UK, mereka menyatakan tempoh berpuasa adalah sekitar 18 sehingga 19 jam memandangkan Ramadan tahun ini jatuh pada musim panas yang baru sahaja bermula.
"Tempoh siang yang lebih panjang dengan suhu sekitar 20 sehingga 33 darjah celsius dilihat agak mencabar terutamanya bagi pelajar yang pertama kali berpuasa di UK.
"Waktu bersahur adalah lebih awal sekitar jam 2 - 2.30 pagi manakala waktu berbuka sekitar jam 9.25 malam di England dan 10.15 malam di Scotland menyebabkan kebanyakan pelajar Malaysia memilih untuk tidak tidur selepas isyak dan terawih kerana khuatir tidak sedar untuk bangun sahur.
"Selain daripada tempoh berpuasa di musim panas yang lebih panjang, pelajar-pelajar Malaysia juga diuji dengan kejadian serangan pengganas dan kumpulan ekstremis di London Bridge, Borough Market dan Finsbury Park yang boleh menyumbang kepada peningkatan kes-kes Islamophobia," jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, sehingga kini pelajar-pelajar Malaysia masih tidak diganggu dengan sentimen Islamophobia termasuklah mereka yang bertudung.
"Namun, langkah berjaga-jaga tetap diambil termasuklah mengelak daripada berjalan seorang diri pada waktu malam dan sebagainya.
"Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang berpuasa, secara keseluruhannya pelajar-pelajar Malaysia di UK menyambut Ramadan dengan penuh rasa syukur dan sabar," jelas kenyataan itu.
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara.
Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Thu Jun 22 2017

Program Ihya Ramadan WeMalaysia di The University of Queensland (UQ) Australia membawa keenakan bubur lambuk negara di universiti berkenaan. - Gambar WeMalaysia
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.

Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London
Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad.

Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).

Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu
Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang, menewaskan pesaingnya Robert Jenrick dengan undian 53,806 berbanding 41,388.

St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.

Kebakaran bangunan di London, lebih 100 dipindahkan, dua dimasukkan ke hospital
Lebih 100 orang dipindahkan manakala dua dibawa ke hospital selepas kebakaran melanda sebuah bangunan di Dagenham, London Timur.

100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.

UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.

Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.