Skip to main content

Dunia

Iran sahkan fasiliti nuklear Natanz diserang AS–Israel

Iran's ambassador to the International Atomic Energy Agency (IAEA) Reza Najafi looks on before the beginning of the quarterly Board of Governors meeting in Vienna, Austria, March 2, 2026. REUTERS/Lisa Leutner
Reza Najafi (foto) menyifatkan serangan tersebut sebagai pelanggaran berulang terhadap kemudahan nuklear Iran yang berada di bawah pemantauan antarabangsa. -Gambar fail

VIENNA: Iran mengesahkan kemudahan nuklear utamanya di Natanz telah menjadi sasaran dalam serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Ahad. 

Duta Iran ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Reza Najafi, berkata serangan itu menyasarkan tapak yang berada di bawah kawal selia antarabangsa dan sekali lagi membuktikan pencerobohan terhadap infrastruktur nuklear Iran yang sah di sisi undang-undang antarabangsa.

Advertisement

“Sekali lagi mereka menyerang kemudahan nuklear Iran yang aman dan dilindungi semalam,” katanya kepada pemberita di luar mesyuarat Lembaga Gabenor IAEA, sebelum mengesahkan bahawa lokasi yang terjejas ialah Natanz apabila ditanya oleh agensi berita Reuters.

Pendedahan tersebut dibuat selepas laporan awal mengenai operasi besar-besaran melibatkan aset udara AS dan Israel di ruang udara Iran, yang mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan kemudahan pengayaan uranium negara itu.

Kenyataan Najafi itu bagaimanapun bercanggah dengan penilaian awal IAEA, yang sebelum ini menyatakan bahawa setakat pemantauan semasa, tiada petunjuk kerosakan dikesan pada sebarang kemudahan nuklear utama Iran.

Perkembangan terbaharu ini dijangka menambah kebimbangan global terhadap risiko radiasi dan keselamatan di Asia Barat, khususnya memandangkan Natanz merupakan nadi kepada program pengayaan uranium Iran, selain berperanan penting dalam keupayaan nuklear negara itu secara keseluruhan.

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found