SEOUL: Jumlah penduduk Korea Selatan dijangkakan merosot mendadak dalam tempoh 50 tahun akan datang disebabkan kadar kelahiran yang rendah selain populasi yang semakin menua, menurut data pejabat statistik Korea pada Khamis.

Jumlah penduduk dianggarkan merosot daripada 51.67 juta pada 2022 kepada 50.06 juta pada 2040, 42.30 juta pada 2060 dan 36.22 juta pada 2072, lapor Xinhua.

Bilangan penduduk diunjur mencatat kadar penurunan tahunan sebanyak 0.16 peratus pada dekad bermula 2025 yang akhirnya akan menjurus kepada penurunan tahunan sebanyak 1.13 peratus pada 2072.

Jumlah bayi baru lahir diunjurkan merosot daripada 250,000 pada 2002 kepada 220,000 pada 2025 dan 160,000 pada 2072 manakala jumlah kematian diunjurkan meningkat daripada 360,000 pada 2022 kepada 690,000 pada 2072.

Peratusan penduduk umur bekerja dari 15 hingga 64 tahun kepada jumlah penduduk dijangka menurun daripada 71.1 peratus pada 2022 kepada 45.8 peratus pada 2072.

Peratusan warga emas berumur 65 tahun ke atas kepada jumlah penduduk dianggarkan meningkat daripada 17.4 peratus kepada 47.7 peratus dalam tempoh 50 tahun.

-- BERNAMA