awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet baharu Thailand angkat sumpah di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2023
00:15 MYT
Kabinet baharu Thailand angkat sumpah di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn
Istiadat angkat sumpah dan ikrar taat setia itu akan berlangsung di Istana Dusit. - Foto Twitter/Jack Chambers
BANGKOK: Anggota kabinet baharu Thailand yang terdiri daripada 34 menteri akan mengangkat sumpah di hadapan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn hari ini.
Ia menyusul 3 hari selepas Raja Maha Vajiralongkorn memperkenan barisan menteri diketuai Perdana Menteri Sretha Thavisin pada 2 September lepas.
Istiadat angkat sumpah dan ikrar taat setia itu akan berlangsung di Istana Dusit.
Kabinet dipimpin Thavisin dibentuk beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum pada 14 Mei.
Ia sekali gus membawa negara itu selangkah lebih dekat kepada pentadbiran baharu yang berfungsi sepenuhnya selepas berbulan-bulan berdepan kebuntuan politik.
Kabinet baharu yang diketuai Thavisin itu terdiri daripada 34 menteri, termasuk beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.
Manakala Anutin Charnvirakul, iaitu bekas Menteri Kesihatan dari kerajaan pimpinan tentera terdahulu akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jeneral Polis Patcharawat Wongsuwan, abang kepada bekas ketua tentera Prawit Wongsuwan yang terbabit dalam rampasan kuasa 2014, pula akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Penganalisis politik Yuttaporn Issarachai berkata bahawa perintah diraja menunjukkan negara itu selangkah lebih dekat untuk mempunyai kerajaan baharu.
Kabinet baharu perlu mengangkat sumpah taat setia di hadapan raja dan mengisytiharkan dasar mereka di Parlimen.
Hanya selepas itu ia akan dianggap berfungsi sepenuhnya.
Beberapa pengkritik menyatakan, kabinet baharu Thavisin tidak banyak berubah dengan kabinet sebelumnya.
Malah, sesetengah pihak mendakwa ia adalah kabinet lama dengan Pheu Thai di dalamnya.
Menurut mereka, kabinet baharu ini acuan yang terhasil daripada usaha membentuk kerajaan dengan parti-parti saingan.
Topic Berkaitan
#Raja Maha Vajiralongkorn
#angkat sumpah
#Kabinet Baharu
#Istana Dusit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan