awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2025
01:00 MYT
Kedutaan Besar Malaysia di Doha sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden letupan
Kedutaan Besar Malaysia di Doha mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan dalam serangan letupan pada Selasa. - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Doha mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam kejadian letupan susulan serangan Israel pada Selasa.
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak kedutaan menasihatkan semua rakyat Malaysia di negara itu untuk terus berjaga-jaga dan menjauhi kawasan kejadian.
Kementerian Luar Negeri Qatar juga mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku adalah serangan rejim Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas di kawasan Legtaifiya, Doha.
Pada masa sama, rakyat Malaysia di negara itu dinasihatkan sentiasa mengikut perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar.
Sementara itu, Kerajaan Qatar juga memberi jaminan keadaan kini adalah terkawal sepenuhnya dan ruang udara Qatar tidak akan ditutup.
Bagi rakyat Malaysia di Doha yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi kedutaan melalui emel [email protected] atau di talian +974 4483 6463 (waktu pejabat) dan +974 3374 6733 (selepas waktu pejabat).
Topic Berkaitan
#Qatar
#rakyat Malaysia
#letupan
#Kedutaan Besar Malaysia di Doha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan