DONALD TRUMP mendakwa, kematian tiga tentera Amerika Syarikat (AS) dalam serangan dron di Jordan semalam tidak akan berlaku sekiranya beliau masih bergelar Presiden.

Dalam masa sama, bekas Presiden dan calon Presiden AS untuk pilihan raya umum akan datang, mengecam calon lawannya, Joe Biden.

"Serangan secara terbuka ke atas Amerika Syarikat ini merupakan satu lagi tragedi yang mengerikan dan tragis akibat kelemahan dan kegagalan Joe Biden mengawal keadaan," tulis Trump dalam catatan media sosial.

Kata Trump, seandainya beliau masih memimpin Amerika, kejadian terbaharu itu, serangan Hamas pada 7 Oktober lalu dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak akan berlaku.

"Sebaliknya, kita berada di ambang Perang Dunia 3," tulis Trump lagi.

Biden berhadapan kritikan pedas daripada Republikan atas pembunuhan anggota perkhidmatan AS, menonjolkan bagaimana lawan politiknya akan memetik keganasan di Asia Barat untuk menggambarkannya sebagai tidak berkesan.

Dalam masa sama Presiden Biden dengan sekeras-kerasnya enggan menggesa gencatan senjata untuk menamatkan perang ke atas Gaza. - Agensi