awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan negara - PM Anwar
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Parlimen Iran lulus langkah tutup Selat Hormuz susulan serangan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Kemboja tutup dua lagi pintu sempadan dengan Thailand

Bernama
Bernama
22/06/2025
12:35 MYT
Kemboja tutup dua lagi pintu sempadan dengan Thailand
Hun Manet berkata tentera Thailand pada Sabtu malam telah memaklumkan mengenai keputusan sepihaknya untuk menutup pintu sempadan Choub Korki mulai Ahad. - AP
PHNOM PENH/BANGKOK: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Ahad berkata dua lagi pintu sempadan dengan Thailand ditutup sepenuhnya susulan pertikaian sempadan yang berterusan antara kedua-dua negara anggota ASEAN itu, lapor Xinhua.
Hun Manet berkata tentera Thailand pada Sabtu malam telah memaklumkan kepada Gabenor Wilayah Oddar Meanchey di Kemboja mengenai keputusan sepihaknya untuk menutup pintu sempadan Choub Korki mulai Ahad.
"Saya bersetuju dengan maklum balas gabenor bahawa kita juga akan menutup pintu sempadan itu secara kekal," katanya dalam hantaran di platform media sosial rasminya.
"Saya juga meminta gabenor memaklumkan kepada pihak Thailand bahawa Kemboja turut memutuskan untuk menutup satu lagi pintu sempadan di Choam, sekali dengan pintu Choub Korki mulai hari ini," katanya lagi.
Tentera Thailand telah mengumumkan penutupan pusat perdagangan di Chong Sai Taku, Wilayah Buriram, berkuat kuasa mulai Sabtu.
Dalam kenyataan pada Ahad, tentera Thailand berkata ia melaksanakan langkah kawalan untuk membuka dan menutup semua jenis pintu lintasan di sepanjang sempadan Thai-Kemboja mengikut situasi keselamatan.
Media Thailand pada Ahad turut melaporkan bahawa tentera negara itu bersiap sedia menutup dua lagi pintu sempadan sebagai tindak balas terhadap pengumuman Kemboja untuk menutup dua pintu sempadan.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu menggesa rakyat Thailand yang berada di Kemboja agar lebih berhati-hati, mengelak kawasan tunjuk perasaan atau kawasan berisiko tinggi, dan sentiasa mengikuti perkembangan menerusi saluran rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#Thailand
#pintu sempadan
#pertikaian sempadan
#Hun Manet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami